Syafiq Kyle nampak ceria selepas batal perkahwinan

Syafiq Kyle nampak ceria selepas batal perkahwinan

Pelakon Syafiq Kyle dilaporkan kelihatan gembira selepas majlis pernikahannya dengan Mimi Lana dibatalkan menerusi hantaran foto terbaharu yang dimuat naiknya semalam.

Perkongsian foto swafoto atau selfie dengan aksi ‘peace’ itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang turut menyarankan agar Syafiq tidak mendirikan rumah tangga.



“Nampak gembira tak jadi kahwin,” tulis seorang pengikut.

“Kacaknya Syafiq. Tak perlu lah berkahwin,” komen seorang netizen.

Rata-rata pengikut turut meluahkan rasa teruja selepas melihat ketampanan pelakon pujaan mereka itu.

Dalam masa sama, terdapat pengikut yang kagum dengan keputusan Syafiq dan Mimi yang memilih untuk tidak menjawab pembatalan majlis perkahwinan mereka.



“Aku suka Syafiq dan Mimi ni. Mereka berdiam diri dalam hal peribadi daripada dulu,” komen pengikut itu.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos lalu.

Berita pembatalan majlis berkenaan juga disahkan pengurus Mimi, Iman Tang yang memberitahu dia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu.

Iman juga menafikan punca pembatalan majlis pernikahan mereka yang secara tiba-tiba ada kaitan dengan masalah peribadi membabitkan Mimi dan Syafiq. HM



Syafiq Kyle nampak ceria selepas batal perkahwinan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker