Apa Abu Zahar mahu?

BANYAKLAH yang kata sidang media Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam tambah mengeruhkan keadaan. Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu macam nak menegakkan benang basah.

Kali ini beliau salahkan pula pengamal media akibat reaksi buruk terhadap sidang medianya yang terdahulu.

Jika ada sesiapa yang patut disalahkan dalam soal ini, tidak ada orang lain melainkan beliau sendiri.



Sekiranya enam orang ahli panelnya sendiri membuat kenyataan media tak setuju dengan kenyataannya, salah siapa? Bukankah itu Namanya mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya?

Awang rasa sedih sebab orang yang dikenal kerana integritinya satu masa dulu dah jadi lain. Sepatutnya beliau tahu nama baik SPRM tercalar sekarang ini.

Pada pendapat Awang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki boleh membersihkan dirinya tanpa bantuan Abu Zahar. Memang ada desakan pelbagai pihak agar siasatan dibuat ke atas Azam. Tak perlulah sesiapa “membersihkan” namanya.

Rakyat Malaysia, tak kira kaum dan fahaman politik, mahu SPRM yang berintegriti, itu sahaja.



Desakan itu begitu lantang sekali. Nampaknya teriakan itu juga menuntut Abu Zahar berundur secara terhormat.

Tindakan Pengerusi Penasihatnya menambah buruk persepsi terhadap institusi yang penting itu.

Apa Abu Zahar mahu?

 




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)



Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker