Bogel dengan isteri orang: Hakim dakwa wanita buat laporan palsu
Bogel dengan isteri orang: Hakim dakwa wanita buat laporan palsu
Seorang hakim kanan yang didakwa mencabul kehormatan seorang wanita yang sudah berkahwin dengan berbaring dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidurnya membuat laporan polis balas terhadap penuduhnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak, hakim itu mendakwa wanita berkenaan membuat laporan polis palsu terhadapnya.
Ini dikatakan berlaku pada Disember tahun lalu, beberapa hari selepas wanita itu membuat laporan polis mengenai kejadian yang didakwa berlaku pada Ogos 2020.
“Ya, saya mengesahkan bahawa hakim itu juga telah membuat laporan polis terhadap wanita itu.
“Kami masih menyiasat kes itu,” kata Farouk kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, berhubung kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Farouk berkata polis telah merakamkan kenyataan daripada beberapa individu, tetapi tidak menjelaskan secara terperinci.
Semalam, adalah dilaporkan polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang hakim kanan selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin pada 2020.
Menurut laporan berita, polis daerah Ampang sedang menyiasat kes itu selepas wanita berkenaan membuat laporan mendakwa dia menemui hakim tersebut dalam keadaan berbogel di atas katilnya.
Kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim berkenaan melawat rumah wanita itu, yang tinggal bersama suaminya. Mk
Bogel dengan isteri orang: Hakim dakwa wanita buat laporan palsu
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat