PAS jangan cuba lamar UMNO lagi

Cukuplah UMNO ditikam PAS sekali

PAS jangan cuba lamar UMNO lagi

Seorang pemimpin Umno mengakui tiada peluang kedua untuk kerjasama dengan PAS sekiranya parti dipimpin Hadi Awang itu masih dengan sikap lama “suka menikam belakang”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata PAS telah mempersiakan peluang menghidupkan penyatuan ummah yang terbuka menerusi kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) selepas PRU2018.



“Sepatutnya PAS terlebih dahulu fokus memperkuatkan MN, tetapi tidak sampai setahun jagung PAS main dua kolam apabila bekerjasama dengan Bersatu yang memang mahu membunuh Umno.

“Selagi PAS dengan sikap lamanya, konsep penyatuan ummah sukar dicapai melalui pendekatan parti politik. Mesti ada tikam belakang,” katanya.

Adun Rengit itu mengulas gesaan veteran Umno Tajuddin Abdul Rahman yang mahu dua parti itu menghidupkan semula MN demi perjuangan agenda orang Melayu yang disifatkannya kini “terkebelakang”.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu sedia bekerjasama dengan Umno sekali lagi menerusi platform MN bagaimanapun tidak mahu ia melibatkan pemimpin Umno yang berpakat dengan DAP.



Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga percaya sebahagian besar dalaman Umno masih sayangkan MN yang digagaskan pada 2019, seperti mana pihaknya dalam PN mahukan penyatuan bersama semua parti Melayu.

Mengulas lanjut, Puad berkata beliau mengalu-alukan saranan Tajuddin namun berpendapat lebih baik Umno menumpukan peranannya dalam kerajaan perpaduan.

“Tidak perlu buang masa dengan perkara yang sudah dibuat tetapi gagal, lebih baik Umno fokus kerajaan perpaduan,” katanya yang turut mendakwa politik PAS pasca PRU15 semakin mundur dan memecahbelahkan umat Islam. FMT

PAS jangan cuba lamar UMNO lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker