Mungkin ‘dia’ marah kawasan mereka kena ganggu

Mungkin ‘dia’ marah kawasan mereka kena ganggu

BATU PAHAT: Misteri ketukan pintu rumah penduduk di sekitar Parit Raja dan beberapa kawasan di Ayer Hitam di sini, sejak beberapa hari lalu berkemungkinan disebabkan entiti itu marah kerana kawasan mereka diganggu.

Ketua Kampung Parit Haji Siraj, Salleh, Sonto dan Semo (4S), Mat Isa Selamat berkata, kejadian yang kali pertama itu berlaku didakwa ada kaitan dengan projek pembangunan di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam.



Sebelum ini, beliau berkata, kes ketuk pintu awal pagi hanya berlaku di tempat lain namun ia berjangkit di beberapa kampung termasuk Parit Haji Siraj.

“Mungkin projek pembangunan ini terkena ‘rumah’ atau tempat tinggal mereka dan disebabkan itu, entiti itu marah dan mengganggu penduduk.

“Sebagai manusia, kita kena percaya benda itu tetap ada dan kita semua adalah makhluk Allah. Cuma kita tak nampak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mat Isa berkata, sejak kejadian berlaku malam Khamis lalu, penduduk di kampung terbabit mengadakan bacaan yassin di surau dan masjid.



Katanya, ini adalah ikhtiar selepas gangguan berlarutan sejak beberapa malam lalu hingga menggusarkan penduduk kampung terbabit.

“Alhamdulillah, selepas bacaan yassin dijalankan, setakat ini insiden itu sudah berkurangan tidak seperti awal minggu ini. Boleh dikatakan setiap malam, ada sahaja rumah penduduk diganggu dengan ketukan itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin berkata, kejadian ketukan awal pagi menunjukkan memang ada gangguan.

Beliau yang berpengalaman dalam perubatan Islam memberitahu, banyak perkara yang boleh disimpulkan antaranya mungkin ada kaitan dendam, sakit hati mahupun perebutan harta benda.



“Itulah antara faktornya dan subjek mesti tahu apa yang membabitkan dirinya dengan orang lain,” katanya.

Semalam, media melaporkan, penduduk di beberapa kampung tidak lena tidur apabila diganggu dengan insiden ketukan.

Kejadian bermula pada Khamis lalu sekitar jam 2 pagi apabila penduduk terdengar pintu rumah diketuk tetapi tiada sesiapapun sebaik pintu dibuka. BH

Mungkin ‘dia’ marah kawasan mereka kena ganggu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker