Jenazah Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Selamat Dikebumikan

Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kira-kira pukul 3 petang.

Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang selepas selesai disembahyangkan di kediaman Allahyarham di Damansara Perdana, di sini, yang disertai lebih 200 jemaah.



Lebih memilukan, van jenazah yang ‘mengiringi’ perjalanan terakhir pengasas syarikat hartanah, MK Land itu merupakan sumbangan Allahyarham kepada kariah pada tahun 2019.

Suasana sedih menyelubungi majlis pengebumian dan sebaik selesai talkin dibacakan, rata-rata yang hadir kelihatan sebak ketika menyiramkan air di atas pusara Allahyarham.

Allahyarham meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.

Allahyarham yang berusia 73 tahun, dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu sakit dada.



Beliau meninggalkan isteri Puan Seri Wan Nong Wan Ibrahim, tiga anak perempuan Felina, Datuk Fazwirnna dan Farah Mahami serta seorang anak lelaki Ahmad Khalif dengan 15 cucu.

Terdahulu, antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.AA

Jenazah Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Selamat Dikebumikan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker