Banjir bertambah buruk, mangsa di 3 negeri meningkat

Banjir bertambah buruk, mangsa di 3 negeri meningkat

Keadaan banjir di tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Perak semakin bertambah buruk berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.



Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama, manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan membabitkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,320 orang daripada 975 keluarga petang ini, berbanding 1,584 orang daripada 490 keluarga pagi tadi membabitkan 32 PPS di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Menurut laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, empat sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 35.37 meter (m), Sungai Lanas dekat Jeli (29.74m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.21m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (9.64m).

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS meningkat mendadak kepada 1,866 orang daripada 512 keluarga berbanding 47 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.



Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 38 PPS dibuka di enam daerah iaitu satu di Kuala Terengganu, Dungun (dua), masing-masing lima di Setiu dan Kemaman, Hulu Terengganu (12) dan Besut (13) setakat ini.

Seramai 13 orang daripada tiga keluarga terbabit di Kuala Terengganu, Setiu (196 orang daripada 67 keluarga), Dungun (19 orang daripada empat keluarga), Kemaman (459 orang daripada 107 keluarga), Besut (718 orang daripada 188 keluarga) dan Hulu Terengganu (461 orang daripada 143 keluarga).

Keadaan cuaca dilaporkan hujan di beberapa kawasan dengan kadang kala hujan lebat sejak pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.



Di Perak, seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, setakat 2 petang tadi.

Ditemui di PPS SK Sungai Tiang Darat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sembilan lokasi pam di daerah ini akan dibina dan dipasang segera seperti dicadangkan Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah sebagai langkah penyelesaian masalah banjir di Bagan Datuk.

Seorang mangsa banjir yang enggan dikenali sewaktu ditemui di PPS itu berkata, beliau berharap dapat pulang ke rumah selepas terpaksa bermalam di situ bersama anak-anaknya sejak beberapa hari lepas selain berharap masalah banjir termenung dapat diatasi segera.

Sementara itu, di Johor, jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 75 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 34 orang, Balai Raya Kampung Kuala Paya (27 orang) dan Dewan Komuniti Kampung Tasek (14 orang).



JPBN memaklumkan, semua mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya.

Menurut JPBN, Sungai Muar (Buloh Kasap) di Segamat berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.91m manakala cuaca dilaporkan mendung di beberapa daerah termasuk Pontian, Segamat dan Batu Pahat, sementara Johor Bahru dan Kota Tinggi hujan pada petang ini. BH

Banjir bertambah buruk, mangsa di 3 negeri meningkat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker