Hannah Yeoh kunjungi Tan Sri Rafidah Aziz

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengunjungi bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz di kediamannya semalam.

Dalam pertemuan tersebut Hannah berkata, dia sentiasa terbuka untuk belajar daripada tokoh politik itu yang mempunyai pengalaman luas dalam kementerian.

“Saya luangkan masa pagi ini dengan beramah mesra dengan Tan Sri Rafidah Aziz, Dia kelihatan hebat, dalam semangat dan keadaan baik seperti biasa dan benar-benar maklum mengenai perkembangan politik terkini.



“Seperti biasa, beliau sentiasa memberi nasihat yang baik kepada saya tentang menjaga Kementerian dan kawasan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pertemuan dua figura politik itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial malah ada yang memuji hubungan baik mereka berdua.

“Dua wanita besi dari latar belakang politik berbeza, masing-masing berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik. Terima kasih kerana bersama kami, Yang Berhormat Menteri Yeoh dan Tan Sri Rafidah,” tulis Kah Ngiu Lau.

Sebelum ini, bekas Ketua Wanita UMNO itu turut membantu berkempen untuk Hannah Yeoh yang bertanding di parlimen Segambut pada Pilihanraya umum ke 15 yang lalu.



Rafidah Aziz yang kini berusia 80 tahun pernah menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker