Langgar, gaduh, suami isteri ditahan polis

Langgar, gaduh, suami isteri ditahan polis

SEPASANG suami isteri ditahan kerana bergaduh dengan dua lelaki selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuching pada 5.20 petang semalam.

Suspek masing-masing berusia 29 tahun itu ditahan empat jam selepas kejadian.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan L. Merbin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, dua lelaki tempatan yang menunggang motosikal ketika kejadian.

Beliau berkata, kejadian pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham antara suspek dan pengadu.

“Pengadu telah mengalami kecederaan ringan akibat ditampar suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Merbin, hasil semakan medapati suspek lelaki mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.



Suspek wanita pula mempunyai tiga rekod jenayah dan dadah.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri dengan berhenti di tengah jalan raya kerana boleh membahayakan diri dan keselamatan pengguna jalan raya lain. Utv

Langgar, gaduh, suami isteri ditahan polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II



Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker