Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam

Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam

Seorang pesara tentera ditemukan maut dengan sembilan kesan tikaman di badannya di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, Perak, Selasa lalu.

Mangsa yang berusia 42 tahun, sebelum itu dipercayai dilarikan secara paksa oleh dua lelaki dikenalinya kira-kira 3 petang di Taman Ngah Ibrahim, Taiping, pada Ahad.



Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, berkata polis menerima laporan mangsa dilarikan kira-kira 4 pagi Isnin lalu di Balai Polis Kuala Sepetang.

Katanya, mangsa dilarikan oleh suspek yang bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera pada hari kejadian.

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis melakukan tangkapan terhadap dua suspek di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama merupakan seorang tentera berusia 34 tahun diberkas di Perlis manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun yang bekerja sendiri ditahan di Taiping,” katanya menurut laporan Sinar Harian.



Mior berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai daripada masalah cemburu salah seorang suspek yang menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Katanya, hasil soal siasat kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Selama dan menunjukkan lokasi mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat lima kesan tikaman pada bahagian belakang dan empat lagi kesan di bahagian depan tubuh badan dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh tiga hari,” katanya.



Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah di daerah Taiping dan Seksyen 302 kanun sama iaitu pembunuhan di daerah Selama.

“Kertas siasatan yang lengkap akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya,” katanya. FMT

Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker