Lori beras rempuh pejalan kaki, 10 maut

Penduduk bandar Migori berpusu-pusu ke tempat kejadian semalam. – Caleb Kingwara, The Standard

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera selepas sebuah lori merempuh pejalan kaki dan teksi motosikal, dekat sempadan Kenya dan Tanzania, lapor laman berita Wion News.

Seorang komander polis tempatan, Migori Mark Wanjala berkata, nahas di bandar Migori itu berlaku di sebuah lebuh raya utama selepas pemandu lori hilang kawalan akibat kegagalan brek untuk berfungsi.

Operasi untuk membebaskan orang ramai yang terperangkap di bawah lori dijalankan dan terdapat kebimbangan bahawa kadar kematian akan meningkat, jelas Wanjala

Sementara itu, dua lagi mangsa dilaporkan terpelanting ke seberang jambatan dan ke dalam sungai.



Saksi memberitahu media tempatan bahawa pemandu lori itu cuba membunyikan hon beberapa kali sebelum nahas berlaku.

Ketika kejadian, kenderaan berat itu membawa berguni-guni beras dan menuju ke sempadan Isebania ke negara Tanzania.

Dalam pada itu, video orang ramai merompak beras daripada lori itu serta rakaman sebilangan mangsa terperangkap di bawah kenderaan tersebut tular di media sosial. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker