Ahli Parlimen gabungan wajib sokong usul percaya, belanjawan

Ahli Parlimen gabungan wajib sokong usul percaya, belanjawan

Usul Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan antara lima perkara dipersetujui oleh gabungan politik yang memeterai Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan petang tadi.

Melalui perkara berkenaan, ia menuntut setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan.



Ia juga menetapkan setiap parti dan pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman parti masing-masing, bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan Kerajaan Perpaduan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, semua gabungan yang menandatangani persefahaman itu juga bersetuju ia perlu memastikan setiap Ahli Parlimen mereka mengundi seperti klausa 4(a) dalam perjanjian berkenaan.

Sekiranya berlaku kegagalan, keengganan atau kecuaian mana-mana Ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan berbuat demikian, perjanjian itu menyatakan ia perlu diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu.

Justeru, itu dianggap sebagai perletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen, manakala kerusi Ahli Parlimen terbabit dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan. BH



Berita lanjut menyusul

Ahli Parlimen gabungan wajib sokong usul percaya, belanjawan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker