PH, BN, GPS, GRS, Warisan meterai memorandum Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin empat gabungan lain yang menjadi sebahagian daripada kerajaan semasa secara rasmi memeterai memorandum persefahaman hari ini.

Selain Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal hadir pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan ialah setiausaha agung gabungan politik masing-masing iaitu  Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Zambry Ab Kadir (BN); Alexander Nanta Linggi (GPS); Marsidi Manjun (GRS) dan Loretto S Padua Jr (Warisan).



Sambil menyifatkan ia sebagai detik bersejarah dalam politik negara, Anwar berkata kerjasama ini mempunyai hala tuju jelas dalam memastikan kerajaan yang stabil dan mampu menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi.

“Dalam memorandum ini, apa yang dipersetujui bukan jawatan atau kuasa tetapi dasar berasaskan tadbir urus yang baik dan memacu ekonomi secara segar dan meyakinkan.

“Saya terharu diberi kepercayaan dan komitmen, bersama-sama pasukan yang berkebolehan dalam kerajaan perpaduan ini,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker