JBPM Selangor dedahkan hampir separuh bangunan di Selangor tiada sijil perakuan Bomba

 

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti sebanyak 789 premis atau 47 peratus dari keseluruhan jumlah bangunan di negeri tersebut tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Pengarahnya Norazam Khamis berkata jumlah bangunan di negeri itu yang tidak memiliki FC merangkumi 394 kilang; bangunan pejabat (129); gudang (117); dan kedai seperti pasar raya, kedai runcit serta pusat beli-belah (67).



Selain itu, sebanyak 37 hotel didapati tidak mempunyai FC, diikuti dengan bangunan asrama (22), hospital serta rumah rawatan (17), tempat berhimpun seperti dewan serbaguna dan rumah kelab (lima) dan sebuah perpustakaan.

Menurutnya, pemilik premis perlu peka terhadap undang-undang sedia ada yang mewajibkan premis berkenaan memiliki FC mengikut Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341).

“Pemilik premis perlu mempunyai sijil tersebut untuk mengesahkan bahawa sistem keselamatan kebakaran di premis mereka berfungsi dengan baik dan boleh mengesan, memberi amaran serta dalam sesetengah keadaan, ia boleh memadam kebakaran secara automatik,” katanya kepada Bernama.

Norazam berkata, antara alasan yang diberikan oleh pemilik premis yang tidak mempunyai FC adalah tidak mengetahui keperluan memiliki sijil berkenaan dan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyelenggara sistem pemasangan keselamatan kebakaran.



Justeru, Norazam menasihatkan para pemilik bangunan yang masih tidak mempunyai FC untuk mendapatkan sijil tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang dan pihak yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sebenarnya kita juga memberi tempoh 30 hari sebagai peringatan kepada premis yang baru dikenal pasti untuk memohon FC sebagai tempoh penyediaan dokumen terlibat untuk dihantar ke JBPM.

“Perlu diingatkan juga, selepas premis terbabit disabitkan kesalahan dan dikenakan denda, ia tidak berakhir begitu saja, pihak JBPM akan terus memberi peringatan untuk memohon FC sehingga mereka mempunyai sijil itu dan dalam tempoh itu, denda akan dikenakan berulang kali kepada pihak berkenaan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker