China Temui Mineral Baharu Changesite-(Y) Di Bulan

China Temui Mineral Baharu Changesite-(Y) Di Bulan

BEIJING: Institut Penyelidikan Uranium Geologi Beijing mendakwa China berjaya menemui sejenis mineral baharu di bulan baru-baru ini.

Mineral itu ditemui selepas ia dipisahkan daripada 140,000 zarah kecil dan kemudian dianalisis melalui satu siri kaedah mineralogi termaju, menurut institut tersebut.



Namun, setakat ini masih belum diketahui lagi sama ada mineral tersebut boleh digunakan di bumi.

Pada awalnya ia ditemui dalam sampel batu dan tanah yang dibawa balik dari permukaan bulan pada tahun 2020 dengan menggunakan sebuah kapal angkasa tanpa pemandu.

Sebelum ini kapal angkasa Chang’e-5 kembali ke bumi pada 17 Disember 2020 dengan membawa sampel bulan untuk dianalisis oleh China.

Changesite-(Y) termasuk dalam kategori merrilit bulan iaitu mineral yang terdapat dalam batuan bulan dan meteorit.



Ia ialah sejenis mineral fosfat yang terdapat dalam kristal kolumnar.

Pengumuman itu meletakkan China sebagai negara ketiga yang menemui mineral baharu di bulan.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang kini telah dibubarkan dan dikenali sebagai Rusia turut berjaya menemui mineral baharu di bulan.

Penemuan itu menjadikan ia adalah mineral keenam yang ditemui di bulan. – Global Times



China Temui Mineral Baharu Changesite-(Y) Di Bulan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker