3 ekor buaya muncul dari lantai simen

3 ekor buaya muncul dari lantai simen

TULAR satu klip video sejak semalam memaparkan tiga ekor buaya tiba-tiba muncul dari bawah lantai bersimen cuba ditangkap penduduk.

Memetik laporan Tribun News, walaupun lokasi kejadian tidak diketahui secara tepat, tetapi ia dipercayai berlaku di sebuah perkampungan dekat Pararang, Indonesia berdasarkan dakwaan seorang warganet.



Difahamkan, lantai bersimen itu merupakan laluan yang menghubungkan sebatang sungai.

Menerusi hantaran video itu dapat dilihat beberapa pihak berkuasa bersama penduduk cuba menangkap seekor buaya yang keluar dari simen konkrit itu.

Malah, salah seorang petugas juga dilihat cuba menangkap buaya terbabit dengan menggunakan peralatan khas bagi menjerut mulut reptilia itu.

Namun, ketika petugas itu hampir berjaya menangkap buaya tersebut, ternyata masih ada dua ekor buaya lagi yang menyorok di bawah timbunan simen itu.



Kedua-dua ekor buaya itu bertindak agresif dengan cuba keluar dari tanah sebelum salah seekor berjaya melarikan diri.

Difahamkan, buaya bersaiz sederhana itu hampir menyerang penduduk yang berkumpul di lokasi kejadian.

Sehingga kini tidak diketahui bagaimana ketiga-tiga buaya itu boleh berada di bawah simen yang tebal dan kering itu.

Kemunculan buaya itu juga membuatkan penduduk teruja serta panik dengan kedengaran suara jeritan dan hilaian ketawa menerusi video tular itu. Utv



3 ekor buaya muncul dari lantai simen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker