Cliff Umar tak kecil hati dengan Kak Lina Pom Pom

GV10

Cliff Umar tak kecil hati dengan Kak Lina Pom Pom

Bintang All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10), Cliff Umar tidak makan hati dengan usikan pengacara program, Elly Mazlein terhadapnya ketika konsert minggu pertama GV10 apabila seolah-olah membandingkan dirinya dengan peserta lelaki lain

Penyanyi Wanita Seluruh Dunia itu faham tuntutan kerjaya pengacara popular itu untuk menghiburkan penonton.



“Jangan kecam Kak Lina (Elly Mazlein). Dia cuma bergurau. Kerjanya untuk menghiburkan orang,” kata Cliff.

Cliff atau nama lengkapnya Umar Joseph Abdullah ketika ditemui selepas tersingkir daripada program GV10 malam tadi turut berharap netizen supaya tidak menghentam Elly memandangkan sudah tugas pengacara menghidupkan pentas agar tidak membosankan penonton.

“Kak Lina hanya melakukan kerja dia. Bagi saya tidak patut netizen hentam sebab dia cuma mahu menghiburkan orang.

“Saya tidak terasa hati pun dengan gurauannya itu. Lagi pun di Malaysia, netizen memang suka dihiburkan dengan cara begitu. Perkara tersebut tidak menjadi masalah pada saya. Okey sahaja,” katanya.



Penyanyi berusia 40 tahun itu mengakui dia sendiri tidak faham dengan apa yang telah terjadi sewaktu Elly menemuinya di belakang pentas untuk meminta maaf pada minggu lalu.

“Sebenarnya saya tidak dengar pun apa yang dikatakan kak Elly ketika di atas pentas. Masa dia jumpa saya untuk minta maaf, saya rasa ‘blur’ dan tertanya-tanya kenapa dia minta maaf? Apa yang dia dah buat?” ujar Cliff.

Terdahulu, selepas Cliff Umar selesai membuat persembahannya pada konsert minggu pertama GV10, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom terlanjur kata apabila enggan ‘melayan’ penyanyi itu seperti mana dia melayan penyanyi lelaki lain kerana statusnya sebagai ‘Cliff Umar’.

Apa yang cuba disampaikan pengacara itu mungkin kerana bekas anggota vokalis kumpulan Projek Pistol itu itu tidak memiliki rupa paras yang tampan seperti bintang GV10 lelaki yang lain.



Konsert minggu kedua GV10 malam tadi menyaksikan Cliff Umar dan bersama Suki Low menjadi dua peserta pertama yang tersingkir selepas memperolehi markah terendah iaitu sebanyak 53.25 peratus dan 56.25 peratus. K Online

Cliff Umar tak kecil hati dengan Kak Lina Pom Pom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker