“Alhamdulillah, Fazura kini bertudung” – Fattah Amin

“Alhamdulillah, Fazura kini bertudung”

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, itu saja saya boleh cakap,”.

Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan isterinya, Fazura yang kini sudah mula berhijab.



Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, berkata, dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan.

“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” katanya sambil tersenyum tanda gembira.

Fattah berkata demikian ketika sesi pelancaran single ketuhanan terbaharu yang berjudul Hamba, kolaborasi bersama komposer Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmy Kmo secara maya bersama media, petang tadi.

Sementara itu bercakap mengenai karakter seorang bapa kepada cahaya mata Nur Fatima Aisya, pelakon itu berkongsi, apabila anaknya meragam sedikit saja Fattah akan cepat-cepat melihat keadaan puteri kesayangannya itu.



“Saya dan Faz tidak boleh atau pantang dengar Fatima macam nak menangis atau pun bersuara sikit. Kami risau mungkin ada yang tidak kena. Saya boleh cakap masa kini lebih banyak diluangkan bersama Fatima.

“InsyaAllah bila Covid-19 sudah tiada, nak bawa Fatima jalan-jalan ke Zoo sebab sekarang ini saya rajin bacakan dia buku-buku haiwan saja,” ujarnya.

“Alhamdulillah, Fazura kini bertudung”


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil pula cemburu dengan Ebit Liew



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker