Nabil pula cemburu dengan Ebit Liew

Nabil pula cemburu dengan Ebit Liew. Pengacara popular, Nabil Ahmad antara yang terkesan dengan penjelasan pendakwah bebas, Ebit Lew berhubung beberapa dakwaan menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

Dalam ruangan komen, Nabil meluahkan rasa cemburu melihat Ebit yang dianggap sebagai individu yang benar-benar dijaga Tuhan walaupun terpaksa menempuh pelbagai ujian dan tohmahan.

“Allah betul-betul cuci dosa-dosa ustaz. Sebab dalam usaha yang ustaz buat, tiba-tiba ditohmah dengan pelbagai fitnah.



“Cemburunya saya dengan ustaz,” tulis Nabil.

Selain Nabil, sesi siaran langsung itu yang mendapat tontonan hampir 300,000 itu juga mendapat perhatian beberapa rakan artis lain antaranya Neelofa, Sheery Ibrahim dan Datin Fouziah Gaos.

“MasyaAllah, mana ada manusia yang sanggup keluar duit sendiri dan tak putus-putus tolong orang. Janji Allah tak akan miskinkan orang yang selalu menolong. Inilah buktinya,” komen Fouziah.

Nabil pula cemburu dengan Ebit Liew


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker