Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat

Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

‘Misteri’ pembabitkan sekumpulan remaja yang didakwa pelajar sekolah tahfiz di konsert Kepci Muzik Fest di Shah Alam pada 26 Ogos lalu akhirnya terjawab.

Hari ini seorang ahli perniagaan, Andrie Ung Han Xian, tampil menjelaskan bahawa dialah yang membawa remaja terbabit ke Stadium Malawati untuk memberi peluang kepada mereka merasai sendiri kemeriahan acara berkenaan.

“Saya ingin menyatakan bahawa pihak KFC dan kerajaan tidak terlibat sama sekali dengan kehadiran pelajar tahfiz pada hari tersebut.

“Mereka juga tidak diberi sebarang makluman mengenai perkara berkenaan



“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada pihak saya yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Tambah Ung, dia bersama rakan-rakannya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak-anak yatim di seluruh negara untuk dibawa ke stadium berkenaan.

Katanya mereka berniat ikhlas menjemput mereka untuk memeriahkan festival tersebut yang turut menyediakan permainan kanak-kanak seperti bouncing castle dan lain-lain.

Tak tahu bahasa Melayu



Terdahulu tular rakaman video yang memaparkan sekumpulan remaja dipercayai pelajar tahfiz hadir ke konsert berkenaan yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 syarikat rangkaian makanan segera KFC.

Ekoran itu penganjur dan kerajaan menerima kecaman termasuk daripada pemimpin parti politik.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, misalnya mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa menjemput pelajar tahfiz ke sebuah konsert yang dirasakan keterlaluan.

“Kepada pihak yang menjemput anak-anak tahfiz (jika dilihat kepada pakaian berjubah dan berserban) ke konsert KFC semalam, saya mohon sensitiflah sikit,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.



Mengulas lanjut, Ung berkata dia beranggapan konsert berkenaan berhemah kerana turut melibatkan persembahan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza dan Bunga yang bertudung.

“Kami turut difahamkan acara tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia.

“Menurut perkiraan kami, tema festival tersebut adalah dibenarkan dan boleh dihadiri oleh semua warga Malaysia,” katanya.

Ung yang juga anak ahli perniagaan terkemuka di Kelantan dan akif dalam kerja-kerja kebajikan menambah kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari Madrasah wa Tahfiz al-Quran Rohingya di TTDI Jaya.



Mereka ini itu, katanya, terdiri daripada anak-anak pelarian Rohingya dan hampir tidak tahu langsung untuk berkomunikasi di dalam bahasa Melayu.

Ung turut menyatakan rasa kecewa kerana niatnya membawa pelajar tahfiz ke festival berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker