Che Abdullah masih ahli Pas walaupun wakili BN di Tumpat

 

SHAH ALAM – Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menegaskan dirinya masih ahli Pas walaupun mengesahkan dirinya bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kenyataan Che Abdullah itu hadir selepas Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mendedahkan beliau sah akan bertanding di Parlimen Tumpat atas tiket BN pada Khamis.

“Ya saya akan bertanding atas tiket BN. Saya juga masih ahli Pas,” kata Che Abdullah secara eksklusif kepada Sinar Premium pada Khamis.

Che Abdullah sebelum ini tidak dicalonkan oleh Pas kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.



Mengulas tindakannya mewakili BN, ini jawapan ringkas Che Abdullah.

“Sebenarnya saya telah pun…macam telah lama disingkirkan dari Pas. Saya tidak boleh komen banyak tentang perkara ini,” katanya.

Pada PRU14 lalu, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 undi sekali gus menewaskan calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Teka teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat.” – Ahmad Jazlan.



Beliau memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) manakala PKR (10,003).

Ahmad Jazlan ketika ditemui pemberita di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Che Abdullah adalah calon boleh menang dan BN lega apabila tawaran dibuat itu diterimanya.

“Teka teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat

“BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana beliau boleh menang,” katanya sambil menjelaskan akar umbi UMNO Bahagian Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah.



Selain Che Abdullah, nama lain yang digugurkan Pas adalah penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sukarela memberi laluan kepada calon muka baharu, Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Nik Mohamad Abduh pada PRU14 meraih 36,188 undi menentang BN yang diwakili Datuk Dr Awang Adek Hussin (32,896) dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Zulkifli Zakaria (3,292).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker