Usah ajar orang lain khianat arahan parti – Khairuddin

Usah ajar orang lain khianat arahan parti – Khairuddin

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengecam tindakan seorang Ahli Parlimen yang mengajak rakan-rakan sejawatan dari Barisan Nasional (BN) menentang usul kerajaan di Parlimen.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan identiti Ahli Parlimen yang dimaksudkannya itu.



“Usah mengajar orang lain khianat kepada arahan parti,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Mohd. Khairuddin berpandangan, adalah tidak wajar mengajak Ahli Parlimen membelakangkan arahan parti masing-masing.

Beliau menambah, semua Ahli Parlimen sepatutnya setia dan walak terhadap arahan parti mereka.

“Kita tidak wajar memakai dua standard, boleh dan tidak yang berbeza. Apabila melibatkan diri sendiri boleh tetapi tidak bagi orang lain atau tidak bagi kita dan boleh bagi orang lain.



“Apabila seorang Ahli Parlimen keluar parti ke parti kita, ia dipanggil ‘hijrah’ tetapi apabila daripada parti kita kepada parti lain ia dipanggil ‘khianat’,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd. Khairuddin berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang mempunyai pendirian berbeza dan menentang keputusan partinya wajar meletak jawatan serta mengosongkan kerusinya.

Menurut beliau, Akta Antilompat Parti membenarkan mereka mencalonkan dirinya semula dalam pilihan raya.

Menurut beliau, ia berbeza dengan akta sebelumnya yang tidak membenarkan Ahli Parlimen yang meletak jawatan mencalonkan diri semula sebelum mencapai tempoh lima tahun.



“Itu kelapangan bagi Ahli Parlimen untuk mencanggahi arahan parti. Namun, selagi mana kita menjadi ahli kepada satu parti maka wajar walak dan kesetiaan ditumpahkan sepenuhnya.

“Mereka boleh berbeza pandangan tetapi tidak apabila keputusan telah dibuat oleh parti kerana keputusan ketua dan parti menjadi pemutus kepada segala perbezaan pandangan. Itu kaedah dan adab berorganisasi dan berjamaah,” katanya. MG

Usah ajar orang lain khianat arahan parti – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker