Dr Amalina perkenalkan Arabella Mia

Dr Amalina perkenalkan Arabella Mia

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di Hospital St Thomas, England, pada minggu lalu.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, Dr Nur Amalina turut memperkenalkan bayi perempuannya itu yang diberi nama Arabella Mia.



“Kami bersyukur dan menghargai setiap saat kegembiraan dengan kehadiran si kecil kami.

“Kami juga teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantarannya, hari ini.

Dalam hantarannya itu, beliau turut berkongsi tiga keping gambar sambil menunjukkan sedikit wajah bayinya.

Terdahulu, beliau menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.



Bagaimanapun, Dr Nur Amalina berkata, beliau bukan tidak mahu anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, namun ada beberapa kekangan menghalangnya untuk bersalin di Malaysia, sekali gus mendapat kerakyatan negara ini.

Katanya, beliau akan membesarkan anaknya untuk memahami budaya Malaysia dan bahasa Melayu serta nilai Islam.

“Pada penghujungnya, tidak kiralah di mana anda tinggal, pasport apa yang anda pegang, mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik yang boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” katanya.

Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan ejaka Inggeris, Alexander Charles, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu. BH



Dr Amalina perkenalkan Arabella Mia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker