Rafizi dibidas jangan perlekehkan Anwar

 

Bekas naib ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman mengingatkan timbalan presidennya yang baru-baru ini dilantik, Rafizi Ramli supaya tidak angkuh dan sombong ketika memberi kenyataan berhubung pemilihan parti.

Ia selepas, Syed Badli mendakwa Rafizi sebagai cuba mempertikaikan keperluan audit forensik terhadap keputusan pemilihan parti.



“Tindakan Rafizi yang mempertikaikan keperluan audit forensik terhadap keputusan pemilihan parti sebagai angkuh dan sombong.

“Beliau turut memperlekehkan kewibawaan Presiden Anwar Ibrahim dengan tuduhan kononnya terdapat segelintir mereka yang berada dekat dengan presiden sedang berusaha untuk menghalang keputusan itu dari diumumkan.

“Pada 15 Mei 2022, Rafizi sendiri mengeluarkan satu kenyataan mengakui terdapat masalah teknikal terhadap proses pemilihan parti yang sedang berlangsung. Secara tak langsung beliau memberi gambaran bahawa proses pemilihan parti perlu diperkemaskan supaya dilihat lebih telus dan adil.

“Tetapi kenapa sekarang Rafizi membangkitkan seolah-olah audit forensik yang sedang dijalankan ini sebagai usaha untuk menghalang beliau dari menjawat jawatan timbalan presiden? Apakah beliau sebenarnya khuatir yang kemenangan beliau akan terjejas jika kepincangan kepada proses pemilihan ini dapat dibuktikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambahnya, tiada keperluan untuk parti dilihat terlalu tergesa-gesa mengumumkan kemenangan Rafizi sedangkan terdapat lebih 1800 bantahan dari akar umbi yang mempertikaikan ketelusan pemilihan parti.

Untuk rekod, semalam Rafizi menggesa mereka yang tewas pada pemilihan parti itu supaya menerima kekalahan dan bersama meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah PRU15 akan datang.

Katanya, PKR tidak mampu untuk melayan karenah segelintir calon yang kalah dengan menangguhkan lagi kongres nasional bagi mengesahkan keputusan pemilihan.

Rafizi secara rasmi diisytiharkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden PKR pada 4 Julai, dengan mengalahkan Saifuddin Nasution Ismail dengan majoriti 16,668 undi.



Dalam pada itu, Syed Badli berkata bahawa Rafizi seharusnya meraikan proses audit forensik terhadap keputusan pemilihan dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain seolah-olah terdapat usaha untuk menyekat kemenangannya.

“Saya ingin menasihatkan Rafizi untuk tidak terlalu obses demi mengejar jawatan sebaliknya jika beliau terbukti dipilih oleh akar umbi, biarlah kemenangan itu sebagai kemenangan yang telus dan adil.

“Saya juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi atas talian dan keputusannya mesti dibentangkan secara telus demi menjamin kewibawaan parti dalam mempersiap-siagakan jentera demi menghadapi pilihan raya,” katanya.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker