Cabul ketika hantar pulang, remaja OKU buat laporan polis

Cabul ketika hantar pulang, remaja OKU buat laporan polis

Remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Nilai, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 4 petang ketika suspek menghantar mangsa pulang ke rumah.



Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata sebelum kejadian mangsa berbual dengan rakannya di hadapan lif pangsapuri terbabit.

“Seorang pengawal keselamatan kemudian datang ke situ. Lelaki itu menyuruh rakan mangsa pulang ke rumah dan kemudian mahu menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya menurut Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, ketika dalam perjalanan ke rumah mangsa, suspek didakwa memegang badan mangsa serta meminta mangsa mencium pipinya.

Katanya, mangsa ketakutan kemudiannya telah lari pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Nilai.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Nilai, Inspektor Ahmad Kamil Rusli bagi membantu siasatan,”katanya.

Sementara itu, bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu membuatkan anaknya merupakan OKU mengalami trauma.

Katanya, dia berharap suspek ditahan segera dan dikenakan tindakan sewajarnya. FMT



Cabul ketika hantar pulang, remaja OKU buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker