Rompak hampir RM1 juta, 2 pegawai SPRM mengaku tak salah

Rompak hampir RM1 juta, 2 pegawai SPRM mengaku tak salah

Tiga tertuduh termasuk dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan merompak barangan serta wang tunai berjumlah hampir RM1 juta milik ahli perniagaan warga China.

Dua pegawai SPRM itu iaitu Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33, dan Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, manakala tertuduh ketiga, Azwan Asli, 38, yang juga bekas pegawai agensi penguatkuasaan sama pula membuat pengakuan sama di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.



Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas harta kepunyaan Kun Gao iaitu wang tunai RM952,690 dan 1,225 yuan, selain satu bagasi serta beg berjenama di sebuah residensi di Jalan Ampang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 10 Disember 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Di hadapan Izralizam, Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin masing-masing terhadap Muhamad Haffiz dan Mohd Fahmee.

“Syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.



Namun, peguam bela Muhamad Haffiz, Ravichandaran Selliah, memohon jaminan RM5,000 ke atas anak guamnya selepas menyifatkan cadangan jaminan pihak pendakwaan keterlaluan dan tinggi.

“Anak guam ada dua anak berusia lima dan dua tahun, selain adalah pegawai SPRM Gred 41 dan bergaji RM3,000 sebulan.

“Jika dibuat pengiraan, cadangan jaminan RM30,000 adalah 10 kali ganda daripada gaji bulanan anak guam yang tiada risiko melarikan diri,” katanya.

Peguam bela Mohd Fahmee, R Vikraman, pula berkata penjamin yang hadir hanya menyediakan RM4,000 untuk menjamin anak guam.



“Anak guam yang ada penyakit tekanan darah rendah menjalankan tugas sebagai pegawai akademi SPRM Gred 44 dengan gaji RM3,500 dan elaun RM1,000 sebulan.

“Tertuduh juga adalah bapa tunggal yang membayar nafkah bekas isteri dan menanggung seorang anak sebanyak RM2,000 sebulan, selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dan tiada risiko melarikan diri,” katanya.

Izralizam membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta dua syarat lagi dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah berasingan, Hakim Siti Aminah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Azwan dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.



Sebutan semula kes juga ditetapkan 5 Februari depan. BH

Rompak hampir RM1 juta, 2 pegawai SPRM mengaku tak salah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker