Puma tamatkan tajaan untuk pasukan bola sepak Israel

Puma tamatkan tajaan untuk pasukan bola sepak Israel

Syarikat pakaian sukan jenama Puma akan berhenti menaja pasukan bola sepak kebangsaan Israel pada 2024.

Bagaimanapun, menurut jurucakap syarikat itu, langkah terbabit sudah dirancang sejak tahun lalu dan tidak berkaitan dengan perang yang berlaku di Gaza, lapor Reuters.



Puma berdepan gesaan boikot menyusuli kerjasamanya dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) dan gesaan itu semakin lantang dilaungkan menyusuli serangan Israel ke atas Gaza dua bulan lalu, yang membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataannya kepada Reuters pada Selasa, Puma turut mendedahkan bahawa kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak, termasuk Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.

Jurucakap Puma berkata, ia tidak lama lagi akan mengumumkan perjanjian dengan beberapa persekutuan bola sepak baharu dan menyebutnya sebagai salah satu strategi ‘kecil yang lebih baik’.

Puma menandatangani kontrak dengan IFA untuk menyediakan pakaian dan peralatan sukan kepada pemain pasukan itu sejak 2018, menurut laporan Reuters.



Sejak itu, syarikat berkenaan menghadapi gesaan boikot daripada para aktivis, yang mendakwa IFA merupakan pasukan yang berpangkalan di petempatan Yahudi di Tebing Barat dan ia menyalahi undang-undang antarabangsa. BH

Puma tamatkan tajaan untuk pasukan bola sepak Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker