ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik peruntukan berkaitan penahanan tanpa bicara dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan menyifatkannya sebagai zalim.

Kritikan itu dibuat dua hari selepas Dewan Rakyat meluluskan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun, yang antaranya membenarkan polis menahan suspek sehingga 28 hari tanpa pengawasan mahkamah.



“Kita patuh kepada rules of law, mengikut kepada undang-undang,” katanya dalam seminar penjenamaan semula naratif politik Melayu di Seri Kembangan pagi ini.

“Jadi, kalau kita nak tangkap orang, walaupun kita ada Sosma–yang mana kita boleh tangkap orang tanpa dibicarakan, boleh jatuh hukuman, boleh masuk dalam tahanan–itu satu tindakan yang zalim.”

Dewan Dewan pada 26 Julai meluluskan lanjutan penguatkuasaan itu walaupun mendapat tentangan pembangkang.

Pembangkang gagal menyekat usul itu dan hanya mendapat 88 undi menentang. Seramai 111 menyokong usul itu manakala 21 lagi tidak hadir.Mk



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker