Mesyuarat PN lahirkan rasa kecewa terhadap tindakan PM

Mesyuarat PN lahirkan rasa kecewa terhadap tindakan PM

Perikatan Nasional (PN) hari ini melahirkan rasa kecewa secara terbuka mereka terhadap Ismail Sabri Yaakob dan memutuskan untuk menghantar wakil bagi menemui perdana menteri.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata gabungan berkenaan melihat Ismail Sabri tidak bersungguh untuk memenuhi persefahaman yang dicapai sebelum ini.

Katanya isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dihadiri para pemimpin kanan parti komponen gabungan terbabit malam tadi. Ia dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

“Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui perdana menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” katanya.

Hamzah yang juga menteri dalam negeri tidak menjelaskan butiran lebih lanjut berhubung terma yang dirujuk PN.

Bagaimanapun untuk rekod baru-baru ini Muhyiddin mendedahkan wujud persefahaman di antara PN dan Ismail Sabri berhubung jawatan dalam kabinet, termasuk kedudukan timbalan perdana menteri.

Menurut Muhyiddin dalam pertemuannya dengan Ismail Sabri, ada beberapa perkara penting dibangkitkan dan isu tersebut berlandaskan kandungan perjanjian di antara PN dan perdana menteri.

“Kita tidak minta lebih daripada itu, termasuk soal pelantikan menteri baru, timbalan perdana menteri, termasuk lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini, baru-baru ini.

Hamzah berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam tadi juga membuat beberapa ketetapan penting bagi memperkemaskan kesiapsiagaan parti menjelang PRU ke-15. Mk

Mesyuarat PN lahirkan rasa kecewa terhadap tindakan PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker