Anak buah Rashid ‘smash’ Indonesia

Anak buah Rashid ‘smash’ Indonesia

UBON RATCHATHANI: Skuad badminton negara menebus kehampaan pada edisi 2018 di Myanmar apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara menewaskan Indonesia 3-0.



Mata pertama negara diraih oleh pelajar Universiti Taylor, Ng Jun Yan yang mengetepikan Muhammad Ferbriansyah secara ‘straight set’ 21-14,21-4.

Malaysia terus selesa dengan kemenangan kedua, kali ini menerusi pelajar dari Universiti Multimedia (MMU), Tai Chuan Zhe yang menundukkan Rafi Zafran Ferrary menerusi keputusan 21-18,21-10.

Pingat emas negara dimutlakkan menerusi kemenangan yang dilakar pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faiz Rozain selepas mengatasi Muhammad Nendi Novatino Ferary 21-16 pada set pertama sebelum lawan menarik diri akibat kecederaan ketika kedudukan 11-1 pada set kedua.

Ketua jurulatih badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata anak buahnya tetap berusaha memperagakan aksi yang terbaik untuk merangkul pingat emas sekalipun dihimpit dengan masalah kecederaan.



“Sebenarnya saya tidak menyangka boleh menang ketiga-tiga perseorangan kerana ada antara pemain terbabit mengalami kecederaan. Mungkin kita bernasib baik pada hari ini di mana kemenangan berpihak kepada Malaysia.

“Secara keseluruhan untuk prestasi mereka, semuanya bersemangat untuk memperkuatkan pasukan dan sudah pastinya mahu meraih kemenangan,” katanya. BH

Anak buah Rashid ‘smash’ Indonesia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker