Penceramah bebas direman 5 hari, kali ini di Perak

Penceramah bebas direman 5 hari, kali ini di Perak

IPOH: Seorang penceramah bebas direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di negeri ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang berkemeja-T dan tangan bergari, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira 1 tengah hari tadi.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes rogol remaja dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas popular, yang ditahan di Selangor pada 18 Julai lepas melibatkan mangsa sama dan siasatan sedang dijalankan berhubung laporan itu.

Penceramah bebas itu dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabtu lepas, suspek diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu, selepas tempoh reman lima hari di Selangor tamat.

Difahamkan, polis Perak menahan suspek di Kuala Lumpur semalam bagi membantu siasatan kes rogol yang dipercayai berlaku di Ipoh pada Januari lepas.

Berdasarkan siasatan awal, perkenalan di antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas. FMT

Penceramah bebas direman 5 hari, kali ini di Perak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker