Kit Siang pelupa melampau – Najib

Kit Siang pelupa melampau – Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan Lim Kit Siang sebagai seorang pelupa melampau berikutan dakwaan veteran DAP itu kononnya isu 1MDB tidak boleh dibahas di Dewan Rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Kata bekas Perdana Menteri, tuduhan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu adalah salah kerana banyak soalan berkenaan 1MDB dibenar ditanya dan dijawab dalam sesi Parlimen.

Malah, menurut Najib, satu audit khas juga dibuat ke atas 1MDB dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga menyiasat serta mengeluarkan laporan mengenainya.

“Tapi apa pula dengan skandal terowong anak Uncle Lim?

“Pernahkah isu terowong dibahas dalam Dewan Rakyat ketika kerajaan PH bermaharajalela? Tak ada siasatan PAC. Tidak wujud special audit,” kata Najib dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu turut mempersoalkan tentang projek terowong laut yang tidak boleh disebut kerana Speaker (ketika itu) merupakan pemimpin Parti Amanah Negara cuba melindungi Lim Guan Eng iaitu anak kepada Kit Siang.

Katanya, Speaker menetapkan peraturan untuk mengharamkan sebarang laporan berita rasmi ataupun media sosial daripada digunakan ketika perbahasan semasa isu terowong cuba dibangkitkan.

“Sungguh luar biasa betul. Tapi itupun bukan yang paling lawak,” katanya.

Menurut Najib, paling lawak apabila ahli Parlimen dalam soalan rasmi kepada Timbalan Menteri Undang-Undang Hanipa Maidin bertanya sekiranya kertas siasatan SPRM berhubung terowong yang terbongkar dalam blog RPK adalah sah atau tidak.

“Jawapan dia ialah:

“Korang tulis lah surat untuk sendiri tanya pihak polis dan SPRM”.

Bagaimanapun, kata Najib, pihaknya telah dua kali menulis kepada SPRM dan polis di bawah kerajaan Pakatan harapan namun tiada balasan diperoleh.

Justeru, Najib mengajak Kit Siang mengembalikan ingatan bagaimana kerajaan PH mempermainkan Parlimen ketika itu. MG

Kit Siang pelupa melampau – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker