Nahas pesawat: Menteri Pengangkutan dedahkan perakam suara kokpit tak boleh diekstrak

Maklumat dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura gagal diekstrak.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata, perkara itu diketahui pihaknya pada pagi tadi.

Oleh demikian, kementerian merancang untuk menghantar komponen ‘memory puck’ ke kilang pengeluar pesawat itu di Florida, Amerika Syarikat (AS), petang ini.



“Pada pagi, saya dimaklumkan makmal di Singapura tidak dapat mengeluarkan rakaman suara itu. Terdapat isu teknikal yang menjadi kekangan untuk mengeluarkan rakaman itu.

“Jadi Biro Keselamatan Kemalangan Udara akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan memberi penjelasan kepada saya.

“Tindakan susulan kita setakat ini menghantar ‘memory puck’ itu ke Florida untuk ia cuba dianalisis,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di sini hari ini.

Semalam Anthony berkata, penyiasat berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’



Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker