Tiga pinggan nasi berlauk baru RM15, jom pindah ke Perlis

Tiga pinggan nasi berlauk baru RM15, jom pindah ke Perlis

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, orang ramai lebih selesa mencari port makan yang murah di sekitar mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi gambar makanan yang dibeli di sebuah medan selera di Perlis. Apa yang mengejutkan adalah harga yang dikenakan untuk tiga pinggan nasi berlauk hanya serendah RM15.



Difahamkan lokasi sebenar adalah di Medan Selera Sena, Kangar. Malah, ada yang mengesahkan bahawa kedai itu memang menjual ayam yang besar itu pada harga RM5 sahaja.

Bukan itu sahaja, saiz ayamnya juga mencuri perhatian ramai kerana sangatlah besar sehingga hampir menutupi nasi yang diambil.

Susulan ciapan tersebut, majoriti netizen mahu berpindah ke sana selepas mengetahui harga makanannya terlampau murah berbanding di bandar seperti Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, peminat tegar kedai makan itu pula berkongsi kehadiran pelanggan semakin ramai datang sehingga sukar untuk mencari parkir. Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman dapat membeli makanan dengan harga yang cukup murah di negeri itu. Vc



Tiga pinggan nasi berlauk baru RM15, jom pindah ke Perlis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker