Stadium Shah Alam dapat kelulusan untuk dirobohkan – MB Selangor

SHAH ALAM – Stadium Shah Alam bakal berwajah baharu selepas proses merobohkan kemudahan sedia ada itu diluluskan pihak berkuasa tempatan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan menerima kebenaran daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat untuk merobohkan stadium tersebut.

Perkembangan berkenaan dikongsikan Menteri Besar menerusi laman X miliknya selepas menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikut.



“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat lalu),” katanya menerusi laman sosial tersebut.

Sebelum ini, peminat Selangor mempersoalkan status semasa pembinaan kompleks sukan serta stadium baharu itu selepas tertangguh beberapa kali pada tahun ini.

Kerajaan Selangor sebelum itu mengumumkan pembinaan kompleks sukan baharu termasuk pembinaan semula Stadium Shah Alam yang menelan kos sekitar RM787 hingga RM800 juta.

Venue itu bakal dilengkapi teknologi tinggi apabila permukaan padangnya boleh diubah seperti mana yang terdapat di Stadium Alabama, Amerika Syarikat.



Malah, venue yang boleh memuatkan sehingga 35,000 hingga 40,000 tempat duduk itu turut menggunakan kawalan kelembapan dalaman atau ‘ETFE ceramic coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk seperti stadium-stadium Piala Dunia di Qatar.

Bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung ‘transparent ETFE’ bagi mengelak daripada terkena hujan dan membolehkan perlawanan diteruskan selain acara dalaman dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.

Rumput yang bakal digunakan juga menepati standard Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila dua jenis rumput iaitu Paspalum dan Zeon Zoysia bakal digunakan di venue itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker