Siapa calon PRK Kemaman, Bersatu tak nak masuk campur urusan PAS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mencampuri urusan pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kemaman sebaliknya menyerahkan kepada Pas membuat keputusan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, pihaknya tidak akan menamakan mana-mana calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

“Sebenarnya memang jelas Pas tidak merayu (petisyen mahkamah) dan PRK akan berlaku di Kemaman. Tentang pemilihan calon itu sebenarnya ia adalah kerusi Pas.



“Jadi kita serah 100 peratus kepada Pas untuk buat keputusan. Tak nak ganggu pemilihan calon atau cadang mana-mana tokoh,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Razali berpandangan Pas merupakan sebuah parti yang mempunyai pengalaman penuh berhadapan PRK dan pilihan raya.

“Jadi kita tak nak campur urusan pemilihan (calon bertanding,” ujarnya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu menerima petisyen yang difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman dari Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Keputusan itu dibuat Anselm setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen pilihan raya bagi parlimen berkenaan.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.

Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya parlimen berkenaan, namun tidak menamakan mana-mana pihak.

Pada PRU 15, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman.



Che Alias yang juga penyandang kerusi Parlimen itu memperoleh 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi.

Dua lagi pencabarnya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani dari Pejuang memperoleh 506 undi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker