Ismail Sabri tegaskan kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 Ahli Parlimen

Ismail Sabri tegaskan kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 Ahli Parlimen. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Menerusi kenyataannya, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan memaklumkan, situasi semasa politik negara dalam keadaan tidak stabil boleh menjejaskan usaha kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

“Saya menjunjung akan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini,” katanya pada Khamis.



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sekutu nasihatkan Muhyiddin letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker