Lubang di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer

Lubang di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer

KUALA LUMPUR: Pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang, Selangor dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan berlaku ‘sinkhole’ (lubang benam) di Seksyen 21.30 jalan berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi tadi menyebabkan lorong kedua laluan di lokasi kejadian terpaksa ditutup daripada kenderaan untuk kerja pembaikan.



Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan, hari ini berkata lokasi kejadian lubang benam itu berhampiran Stesen Minyak Shell Hulu Kelang dan laluan yang ditutup sepanjang 10 meter.

“Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh kira-kira dua kilometer dan kesesakan dijangka akan terus meningkat.

“Justeru, pengguna jalan raya yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE),” katanya.

Menurut JKR Gombak, kejadian lubang benam itu didapati berpunca daripada penutup ‘slab crossing culvert’ yang patah.



Katanya, petugas kini sedang mengawal trafik di lokasi kejadian dan kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di tapak. BH

Lubang di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker