Ringgit hari ini ditutup tinggi

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, sejajar dengan pasaran pertukaran mata wang asing yang lebih luas apabila pelabur mula mempertimbangkan kemungkinan sebenar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah atas sebab bukan kemelesetan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan minggu ini.



Beliau berkata, tindakan itu bertujuan mengukur sejauh mana minat Fed terhadap ‘pemotongan insurans’ atau bank pusat itu lebih berminat untuk melonggarkan keadaan kewangan dengan hasil bon pada masa ini yang lebih rendah dan saham lebih tinggi.

“Mungkin tidak ada pemotongan insurans. Minggu Kesyukuran AS lazimnya minggu yang lembap untuk pasaran pertukaran wang asing, jadi saya menjangkakan pasaran lebih sesuai berada dalam keadaan tidak banyak berubah,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 5.0999/1053 daripada 5.0771/0814 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas serta lemah berbanding pound British kepada 5.8314/8377 daripada 5.8056/8105.



Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.1456/1491 daripada 3.1267/1296.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.0/302.5 daripada 301.9/302.3 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4817/4857 daripada 3.4769/4801.

Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2784/2987 daripada 13.3298/3481 namun, tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41. – Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker