Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA

Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA

Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor berkata beliau sasaran “sebenar” siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes rasuah membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau yang juga presiden KFA mendakwa, individu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah RM6 juta pada 2020 itu sekadar “aksesori” kerana dirinya sasaran sebenar “mereka” mahu kaitkan.



Tetapi, beliau tidak menjelaskan “mereka” yang dimaksudkannya.

“Nak cari kes saya, dah berbulan-bulan pulun cari, tak jumpa. Hangpa (mereka) ni nak apa? Nak kebenaran ke nak pekena orang? Kebenaran hang dah jumpa, Sanusi tak ada kes apa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan himpunan penjawat awam Kedah di Dataran Wisma Darul Aman.

Beliau mendakwa, kes itu diada-adakan untuk mempamerkan persepsi Kedah mempunyai banyak kes rasuah, bahkan persatuan bola pun terbabit.

Tetapi, Sanusi berkata, beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika dipanggil membantu siasatan.



“Saya sedia beri kerjasama 28 jam sehari. Mai (datang) bila? Hangpa nak tanya apa? Mai saya nak jawab.”

Sabtu lalu, Naib Presiden KFA, Radhi Mat Din mengesahkan CEO, Zulkifli Che Haron antara empat ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah RM6 juta pada 2020.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Susulan itu, Sanusi semalam dilaporkan berkata, beliau akan mendedahkan “rancangan sebenar” di sebalik siasatan itu dan mendakwa SPRM digunakan bagi tujuan politik.



Hari ini, beliau berkata, empat individu itu digambarkan seolah-olah akan dituduh di mahkamah, sedangkan mereka hanya berada di sana untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sanusi mempersoalkan sebab tindakan diambil terhadap empat individu itu.

“Sumbangan bukan RM6 juta, sumbangan RM5 juta saja. Hangpa ambil mana RM6 juta tu?

“Nampak tak depa jahat? Hangpa bagi jadi banyak.”



Sanusi dakwa dia sasaran sebenar dalam siasatan KFA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker