Gara-gara tahi burung, jiran dicederakan guna sabit


BUKIT MERTAJAM – Akibat tidak puas hati air basuhan tahi burung merpati memasuki rumah, seorang lelaki mencederakan anak jirannya menggunakan sabit dalam satu kejadian di Taman Permatang Tinggi Indah di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, seorang wanita berusia 27 tahun cedera pada bahagian dahi sebelah kiri ketika cuba menghalang suspek yang bersenjatakan sabit yang cuba mencederakan bapanya.

Mangsa bekerja sebagai kerani cedera pada bahagian dahi akibat kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara lelaki berusia 42 tahun dengan bapa mangsa susulan air basuhan tahi burung merpati dikatakan masuk laman rumah suspek.

“Semasa kejadian suspek memegang sebilah sabit kecil dan mengacukannya ke arah bapa mangsa. Mangsa kemudian bertindak menghalangnya hingga mengakibatkan sabit tersebut terkena di bahagian dahi sebelah kirinya.



“Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafee, sepasukan forensik dikerahkan ke lokasi kejadian dan pihak polis merampas sebilah sabit yang dipercayai digunakan suspek.

“Suspek telah melarikan diri selepas kejadian itu dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” ujar Shafee.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. MG



Pengawal keselamatan ‘dirasuk’ belasah jiran guna batu bata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker