Biodata dan Latar Belakang Alvin Chong

Biodata dan Latar Belakang Alvin Chong

Alvin Chong Chean Wah atau lebih dikenali sebagai Alvin Chong merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia kelahiran program realiti, Astro Star Quest (ASQ).

Beliau mula menempa nama dalam industri hiburan melayu menerusi drama popular, Dia Semanis Honey.

Kini mendapat tempat di hati peminat dan penonton menerusi wataknya dalam drama adaptasi novel, Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang antara lain ditunjangi Isyariana Che Azmi, Fizz Fairuz dan Fatimah Noryyah.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Alvin Chong Chean Wah. Menggunakan nama komersial, Alvin Chong.

2. Kelahiran Gua Musang, Kelantan pada 23 Januari 1991. Kini berumur 29 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

5. Bakatnya dikesan menerusi rancangan realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ).

6. Antara single dipopularkannya termasuk Lagu Mu, Perfect, Don’t Ask Me Why, Oh, Born This Way, Mencintaimu dan We Got This.

7. Drama dibintanginya seperti Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr. Pilot dan Mak Cun.

8. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem 3 Brothers, The Dream Boyz dan Huat The Fish.

9. Memegang peranan sebagai hos program I Can See Your Voice Malaysia bersama rakan gandingan, Shuk Balas.

 

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.75 meter.
  • Berketurunan Cina dan beragama Kristian.
  • Bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.
  • Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris.
  • Pernah menghasilkan single berbahasa Inggeris bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon berjudul ‘We Got This’.
  • Merupakan teman rapat kepada aktor Fattah Amin.

 

Foto

Video

 

Momen Alvin Chong bersama anak Emma Maembong bikin peminat ‘ger4m’

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker