PM ingatkan jabatan kerajaan tidak layan surat yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Berucap merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan “terlajak” atau “terpesong” oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

“Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan.



“Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.

“Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang  disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan,” katanya.

Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia “sempit” kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.

“Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris),” katanya.



– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker