Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, mendakwa dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menghadapi gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia.
Berikutan itu, Siti Norhidayah atau lebih mesra disapa Hidayah menerusi hantaran Instagram (IG) memohon jasa baik orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai individu yang mempunyai ilmu perubatan Islam yang boleh merawat mereka.
“Saya minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz atau ustazah yang mempunyai kepandaian merawat sihir yang boleh mengubati saya dan Hamzah yang disihir dan mengalami gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia.
“Mohon kepada sesiapa dapat membantu saya dan Hamzah, bolehlah menghubungi abang saya, Azmier. Assalamualaikum,” katanya menerusi hantaran video di IG.
Hidayah berkata, gangguan mistik dihadapi sejak arwah Abam meninggal dunia dan berlarutan sehingga hari ini, ia sekali gus memberi petanda Hidayah dan Hamzah sudah lebih tiga tahun berhadapan dengan gangguan berkenaan.
Terdahulu, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. BH
Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz