Polis siasat kes katering majlis kahwin lesap

Polis siasat kes katering majlis kahwin lesap

JEMPOL: Polis menyiasat kes tular membabitkan pengantin rugi lebih RM13,000 termasuk mendapatkan maklumat lengkap pemilik katering yang didakwa menipu sebuah keluarga di sini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu iaitu wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir kira-kira pukul 12.03 tengah malam iaitu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kelmarin.



Katanya, hasil siasatan awal mendapati pengadu telah terpedaya dalam urusan pakej perkahwinan dalam laman media sosial Facebook pada 3 April lalu dan mengalami kerugian berjumlah RM13,200.

“Mangsa yang telah berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor kemudiannmembuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2,780 sebelum membuat bayaran kedua pada 17 Jun lalu sebanyak RM5,554.

“Seterusnya bayaran kali kali ketiga berjumlah RM4,954 pada 30 Ogos lalu dan secara keseluruhan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200, kesemuanya secara dalam talian atas nama sebuah syarikat,” katanya di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, pengadu bagaimanapun tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan tersebut dan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.



Menurutnya, polis sedang mengesan nombor akaun bank yang digunakan selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).

“Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana membabitkan penipuan dalam urusan pakej perkahwinan,” katanya.

Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin yang ditawarkan oleh sebuah pengusaha katering.

Abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, berkata, ini adalah kali pertama dia sekeluarga tertipu dengan pakej katering dan pakej pengantin sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.



Disebabkan itu, mereka sekeluarga terpaksa memasak sendiri hidangan, selain mencari set kerusi meja untuk diletakkan di dalam dewan yang sudah ditempah. Utusan

Polis siasat kes katering majlis kahwin lesap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker