Dakwaan amang seksual: Penceramah kenal mangsa di program motivasi

Dakwaan amang seksual: Penceramah kenal mangsa di program motivasi

Seorang penceramah bebas yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal berkenalan dengan semua pengadu menerusi program motivasi di sekolah sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata siasatan mendapati suspek berusia 40-an melakukan perbuatan itu ke atas empat mangsa berumur lingkungan 17 hingga 18 tahun.



“Siasatan awal mendapati suspek telah berkenalan dengan semua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah sekitar Selangor. Hasil perkenalan itu, suspek didakwa bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal ke atas semua pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan itu berdasarkan laporan diterima pihaknya pada 30 Ogos lepas iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan serta masing-masing satu di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.

Arjunaidi berkata bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor membuat tangkapan ke atas suspek sekitar 4 petang pada 8 Sept di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu.

“Kebenaran tahanan reman selama enam hari bermula semalam hingga 14 Sept ini juga telah diperoleh daripada Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.



Beliau turut menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana ia akan menjejaskan siasatan dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang didapati cuba mengelirukan masyarakat dengan menyebarkan sesuatu berita atau isu yang tidak tepat,” katanya. FMT

Dakwaan amang seksual: Penceramah kenal mangsa di program motivasi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker