Warganegara jangkitan tinggi Covid-19 masih belum dibenarkan pulang bekerja di Malaysia

Putrajaya akan terus menutup pintu sempadan kepada warga asing susulan desakan pekerja Bangladesh supaya dibenarkan kembali ke negara ini untuk bekerja.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga ini Bangladesh masih tersenarai antara 23 negara dengan jangkitan tinggi Covid-19 dan kemasukan warganegaranya diperketatkan.

“Polisi kita untuk tutup pintu sempadan negara kepada warga asing masih kekal, kita juga tidak benarkan pekerja asing masuk ke dalam negara kecuali dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sahaja.

“Walaupun ramai yang ingin balik ke Malaysia, kebenaran masih lagi tidak dibenarkan. Kuasa kemasukan ditentukan imigresen dan saya yakin jabatan itu sehingga hari ini masih belum tukar polisi mereka,” katanya pada sidang media hari ini.



Ismail memberi penjelasan itu susulan laporan kerajaan Bangladesh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka untuk menangani masalah ribuan pekerja negara itu tidak dapat pulang ke Malaysia kerana pandemik Covid-19.

Kira-kira 25,000 pekerja asing dilaporkan pulang bercuti ke Bangladesh tetapi tidak dapat kembali ke Malaysia selepas penularan Covid-19 awal tahun ini.

Bagaimanapun Ismail berkata, kerajaan tidak ada sebarang halangan jika Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur ingin mengadakan perbincangan dengan Wisma Putra mengenai masalah pekerja terkandas itu.

“Kita tidak sekat perbincangan tetapi polisi masih kekal sama. Pintu sempadan negara masih ditutup untuk warga asing kecuali mereka diberi kebenaran oleh Imigresen,” katanya. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker