Pelakon buat laporan difitnah sihir, ganggu suami orang · MYKMU.NET

Pelakon buat laporan difitnah sihir, ganggu suami orang

Share

Kuala Lumpur: Seorang pelakon senior wanita tampil membuat laporan polis semalam bagi membersihkan namanya selepas difitnah cuba merampas suami orang di laman sosial Facebook (FB).

Pelakon berusia 47 tahun itu menyedari kenyataan didakwa berunsur fitnah itu dimuat naik di laman sosial FB oleh seorang individu pada 18 September lalu mendakwa dirinya cuba memporak-perandakan rumah tangga orang lain.

Menurut sumber, pemilik akaun FB terbabit turut mendakwa pelakon itu cuba berkenalan dengan suami orang yang dikatakan bekerja di syarikat minyak dan gas dengan pendapatan ratusan ribu ringgit.

“Malah dia turut difitnah kononnya menggunakan ilmu sihir dan menghantar ke rumah pasangan itu bagi memporak perandakan rumah tangga mereka.

“Malah status itu turut mendapat 2,100 tanda suka dengan dikongsi 63 pengguna media sosial pada hari ia dimuat naik di FB,” katanya.

Sumber berkata, terkesan dengan status FB terbabit yang mengaibkan diri pelakon terbabit dan menjatuhkan maruahnya menyebabkan dia tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas semalam untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Polis sudah menerima laporan dibuat oleh pelakon terbabit dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita sudah mengenal pasti individu yang memuat naik kenyataan itu dan siasatan lanjut dijalankan,” katanya. HM

Istimewanya ‘Abah’, pandai masak dan beri nasihat

Leave a Reply