Jangan cuba sondol saya – Nabil

Jangan cuba sondol saya – Nabil

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad tidak mudah mempercayai individu-individu yang menggunakan gambar dan kisah sedih di ruang mesej Instagramnya, yang pada masa sama cuba menjeratnya dengan cinta.

Nabil berkata, ujian yang hadir kepadanya adalah dalam bentuk gambar serta kisah-kisah yang dianggap sebagai palsu.



“Ujian yang datang kepada saya, adalah dalam pelbagai bentuk contohnya gambar-gambar.

“Ada juga yang mengaku sebagai janda anak satu yang perlukan bantuan. Ada yang meluahkan, sanggup menjadi isteri kedua dan ‘melamar’.

“Katanya, dia boleh menjaga rumah dan keluarga saya. Tapi, saya tak percaya semua gambar dan cerita itu kerana boleh jadi, ia adalah rekaan dan palsu,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana akaun Instagramnya diuruskan oleh isterinya, Nazirah Ayub.



“Nasib baik bukan saya yang uruskan akaun Instagram saya sebab isteri saya yang uruskan. Kalau TikTok pun, isteri saya izinkan saya urus sendiri sebab untuk urusan kerja,” katanya.

Sebagai suami dan ayah kepada tiga cahaya mata, Nabil mengajak mereka yang bergelar pasangan suami isteri untuk saling bersabar kerana dalam rumah tangga akan ada pasang surutnya.

“Saya tak nafikan, dalam rumah tangga, akan ada pasang surutnya dan itu merisaukan. Tapi, kita kena banyak bersabar dan lakukan tanggungjawab sebagai suami, dengan betul.

“Kalau tak, satu hari nanti Allah akan buka aib kita dan ia akan menjadi masalah kepada anak-anak,” katanya. HM



Jangan cuba sondol saya – Nabil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker