Jangan mempermain mahkamah – Hakim

Jangan mempermain mahkamah – Hakim

SHAH ALAM – Waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pengarah sebuah syarikat telekomunikasi kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes penipuan hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Zahida Muhammad Ruzi memohon waran itu kepada tertuduh yang berusia 45 tahun.



Terdahulu, peguam tertuduh, Asmawi Ismail memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya diberikan cuti sakit selama tiga hari kerana masalah kesihatan.

“Anak guam memaklumkan bahawa mempunyai satu temujanji dengan doktor pakar di Hospital Ampang pagi ini dan diberikan cuti sakit oleh doktor bermula hari hingga 1 Mac depan,” katanya.

Awang Kerisnada bagaimanapun menolak alasan itu kerana tertuduh perlu memaklumkan kepada mahkamah lebih awal.

“Tertuduh sebelum ini juga tidak hadir ke mahkamah ini bagi prosiding pertuduhan kelmarin kerana cuti sakit. Mesej saya jelas bahawa jangan mempermain-mainkan mahkamah dan waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh,” tegasnya.



Beliau kemudian menetapkan 6 Mac depan bagi tarikh baharu pendakwaan. K Online

Jangan mempermain mahkamah – Hakim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker